Tarikh

: 20 September 2021

Masa

: 8.00 AM - 5.00 PM

Tempat 

: Facebook Page Pusat Internet

  Komuniti Kg Tanah Hitam

Peserta 

: Komuniti Setempat 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada ibu bapa bahawa mereka memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak untuk memanfaatkan internet pada masa ini termasuklah mendedahkan anak-anak dengan segala maklumat berkaitan internet. Hal ini disebabkan anak-anak perlu diberitahu mengenai baik buruk penggunaan internet sebelum mereka didedahkan dengan cara menggunakan kemudahan internet secara bijak.

 

Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengingatkan ibu bapa agar mereka perlu faham, bijak dan memahami fungsi internet dalam kehidupan. Sekiranya ibu bapa sendiri faham dan cakna fungsi internet dalam kehidupan sudah pasti anak-anak akan faham dan tidak terjebak perbuatan salah laku semasa menggunakan internet.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini diadakan secara atas talian menggunakan medium media sosial iaitu Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Tanah Hitam dan aplikasi WhatsApp. Petugas memberi penjelasan sekiranya terdapat pertanyaan daripada komuniti serta memberi rujukan laman web untuk memudahkan komuniti faham mesej yang disampaikan.

 

Pautan Facebook: https://www.facebook.com/189908521526365/posts/1229321697585037/

 

Gambar Disini