Tarikh

: 17 Oktober 2021

Masa

: 10.00 AM - 11.00 AM

Tempat 

: StreamYard & Facebook Live

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya menjauhi kegiatan buli siber. Kemajuan teknologi datang bersama ancaman baru dan peningkatan ancaman seperti buli siber yang berlaku apabila seseorang menghantar teks atau imej bertujuan untuk menyakiti atau memalukan individu lain. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi peringatan kepada peserta supaya melengkapkan diri dengan pengetahuan keselamatan siber dan buli siber.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini diadakan secara langsung menggunakan platform StreamYard dan turut disiarkan melalui Facebook Live. Petugas menyediakan modul ringkas bagi memudahkan penonton untuk lebih memahami topik yang sedang dibicarakan. 

 

Pautan ulang tayang live : https://www.facebook.com/pikgtanahhitam/videos/282939003553446

 

Gambar Disini

 

 

Tarikh

: 11 - 15 Oktober 2021

Masa

: Sepanjang Tempoh Pertandingan

Tempat 

: PIK Kg Tanah Hitam

Peserta 

: 9 Peserta

 

Tujuan

Pertandingan mewarna ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta supaya menggunakan bakat masing-masing di samping memupuk minat peserta dalam seni. Pertandingan ini juga bertujuan untuk menanam semangat cintakan ingin mencuba dan mencungkil bakat kreativiti para peserta. Di samping itu, melalui program ini juga mampu memupuk nilai-nilai murni dan nilai menghargai dalam kalangan peserta.

 

Aktiviti

 

Pertandingan dijalankan selama 5 hari bermula 11 Oktober 2021 hingga 15 Oktober 2021. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori 1 bagi peserta berumur 8, 9 dan 10 tahun. Manakala kategori 2 pula bagi peserta berumur 5, 6 dan 7 tahun. Berikutan Covid-19, peserta melakukan aktiviti mewarna di kediaman masing-masing. Peserta mengambil template gambar mewarna di pusat internet komuniti atau boleh juga memuat turun menggunakan QR code yang telah disediakan. Para peserta perlu mengembalikan template gambar yang telah siap sebelum atau pada 15 Oktober 2021.

 

Pengumuman pemenang telah diadakan pada 16 Oktober 2021 menerusi video yang telah dimuat naik di Facebook Page PIK. Aktiviti ini diadakan di bilik latihan PIK Kg Tanah Hitam Sematan. Peserta diberi penerangan tentang topik yang diberikan. Petugas mengadakan perbincangan pada akhir sesi bersama peserta.

 

Pautan Facebook pengumuman pemenang: https://www.facebook.com/pikgtanahhitam/videos/438597010959645/

 

Gambar Disini 

 

 

Tarikh

: 4 Oktober 2021

Masa

: 8.00 AM - 5.00 PM

Tempat 

: Facebook Page Pusat Internet

  Komuniti Kg Tanah Hitam

Peserta 

: Komuniti Setempat 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi panduan kepada peserta berkaitan tip-tip untuk menghindari 'Malware SMS' atau 'SMS Spam'. Para peserta diingatkan bahawa nombor telefon menjadi antara data peribadi paling berharga dalam dunia digital pada hari ini dan menjadi sangat berbahaya jika ia diperoleh oleh penjenayah yang menggunakannya untuk memperdaya pengguna seperti penipuan scam. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengingatkan peserta untuk sentiasa waspada dengan tidak membuka sebarang pautan atau iklan 'pop-up' yang muncul tanpa membuat semakan terlebih dahulu.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini diadakan secara atas talian menggunakan medium media sosial iaitu Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Tanah Hitam dan aplikasi WhatsApp. Petugas memberi penjelasan sekiranya terdapat pertanyaan daripada komuniti serta memberi rujukan laman web untuk memudahkan komuniti faham mesej yang disampaikan.

 

Pautan Facebook: https://www.facebook.com/189908521526365/posts/1238486413335232/

 

Gambar Disini  

Tarikh

: 6 Oktober 2021

Masa

: 2.00 PM - 4.00 PM

Tempat 

: PIK Kg Tanah Hitam

Peserta 

: 3 Peserta

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memperkukuh kemahiran dan pengetahuan para peserta yang terlibat dalam bidang keusahawanan ke arah meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan dan penyampaian serta memahami strategi perniagaan dalam menggunakan platform e-dagang.

 

Secara keseluruhannya, program ini memberikan manfaat kepada peserta dalam bentuk peningkatan kemahiran dan pendedahan pengalaman dunia pernigaan semasa iaitu e-dagang.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini diadakan di bilik latihan PIK Kg Tanah Hitam Sematan. Peserta diberi penerangan tentang topik yang diberikan. Petugas mengadakan perbincangan pada akhir sesi bersama peserta.

 

Gambar Disini 

Tarikh

: 2 Oktober 2021

Masa

: 10.00 AM - 11.00 AM

Tempat

: PIK Kg Tanah Hitam

Peserta

: 3 Peserta

 

Tujuan

Kelas Asas Kiub Rubik 3x3 anjuran PIK e-Tuisyen adalah kelas khas bagi pembelajaran sepanjang hayat dan terbuka kepada peserta yang berminat dari semua peringkat umur. Kelas ini bertujuan untuk mengajar teknik-teknik menyelesaikan kiub rubik. Permainan kiub rubik dapat mengasah kemampuan berimaginasi, daya tumpuan, meningkatkan kemampuan menyelesaikan masalah dan ketelitian. Permainan ini lebih banyak menggunakan logik dan memerlukan kesabaran untuk menyelesaikannya.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini diadakan menggunakan aplikasi Zoom seiring dengan situasi pandemik kini. Petugas menyediakan kelengkapan untuk subjek yang dipilih. Peserta diberi penerangan tentang topik yang diberikan.

 

Gambar Disini