Tarikh

: 3 November 2021

Masa

: 8.00 AM - 5.00 PM

Tempat 

: Facebook Page Pusat Internet

  Komuniti Kg Tanah Hitam

Peserta 

: Pengguna Media Sosial

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengingatkan pengguna media supaya lebih bertanggungjawab mengendali maklumat yang diterima. Dalam kecanggihan sistem komunikasi moden, kita mengalami maslah baharu yang serius iaitu penyebaran maklumat tidak tepat dan penularan berita palsu. Oleh itu, setiap pengguna media haruslah mengambil inisiatif untuk mengesahkan maklumat diperolehi dengan melakukan carian di Google atau semak di laman web https://sebenarnya.my/ untuk memastikan kesahihan maklumat.

 

Aktiviti

Aktiviti ini diadakan secara atas talian menggunakan medium media sosial iaitu Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Tanah Hitam dan aplikasi WhatsApp. Petugas memberi penjelasan sekiranya terdapat pertanyaan daripada komuniti serta memberi rujukan laman web untuk memudahkan komuniti faham mesej yang disampaikan.

 

Pautan Facebook: https://www.facebook.com/pikgtanahhitam/videos/972218210302610/

 

Gambar Disini  

 

 

 

Tarikh

: 24 Oktober 2021

Masa

: 3.15 PM - 4.15 PM

Tempat

: PIK Kg Tanah Hitam

Peserta

: 1 Peserta

 

Tujuan

Kelas e-Tuisyen anjuran MSD Digital Intelligence ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mendapatkan pembelajaran tambahan daripada guru-guru tuisyen luar yang profesional. Seiring dengan situasi pandemik kini, pelajar kemungkinan mengalami kesukaran untuk mengadaptasi pembelajaran secara PDPR.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini diadakan menggunakan aplikasi Zoom. Petugas menyediakan kelengkapan untuk subjek yang dipilih. Peserta diberi penerangan tentang topik yang diberikan.

 

Gambar Disini

 

 

Tarikh

: 23 Oktober 2021

Masa

: 8.00 AM - 5.00 PM

Tempat 

: Facebook Page Pusat Internet

  Komuniti Kg Tanah Hitam

Peserta 

: Komuniti Setempat 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan memupuk pengguna internet untuk mengambil berat mengenai etika ketika melayari internet. Ini merupakan alternatif yang perlu ada pada diri setiap individu sebagai benteng kepada perkara yang negatif ketika melayari internet. Oleh itu, pengurusan etika ini haruslah dipupuk dan dijadikan sebagai suatu kebiasaan.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini diadakan secara atas talian menggunakan medium media sosial iaitu Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Tanah Hitam dan aplikasi WhatsApp. Petugas memberi penjelasan sekiranya terdapat pertanyaan daripada komuniti serta memberi rujukan laman web untuk memudahkan komuniti faham mesej yang disampaikan.

 

Pautan Facebook: https://www.facebook.com/pikgtanahhitam/posts/1250978232086050

 

Gambar Disini  

 

 

Tarikh

: 24 Oktober 2021

Masa

: 11.00 AM - 12.30 PM

Tempat 

: PIK Kg Tanah Hitam

Peserta 

: 2 Peserta

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan aplikasi asas komputer melibatkan empat perkara utama iaitu Microsoft Word, Excel, Power Point dan juga menaip mengikut tahap. Kelas ini juga membantu peserta meningkatkan kemahiran penggunaan komputer seterusnya dapat dipraktikkan untuk tujuan pekerjaan atau pun pelajaran.

 

Aktiviti

 

Kelas ini diadakan di bilik latihan ICT PIK Kg Tanah Hitam, Sematan. Peserta diberi penerangan mengenai topik yang dipelajari sepanjang kelas. Petugas mengadakan perbincangan pada akhir sesi bersama peserta.

 

Gambar Disini 

 

 

 

Tarikh

: 20 Oktober 2021

Masa

: 10.00 AM - 5.00 PM

Tempat 

: Facebook Page Pusat Internet

  Komuniti Kg Tanah Hitam

Peserta 

: Komuniti Setempat 

 

Tujuan

Berikutan terdapat segelintir pengguna menjadikan media sosial sebagai medium untuk menyebarkan berita palsu dan telah menyebabkan masyarakat keliru sehingga terpengaruh dengan mesej yang disampaikan. Oleh itu, aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna untuk tidak terus menyebarkan maklumat bagi mengelakkan kekecohan di kemudian hari.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini diadakan secara atas talian menggunakan medium media sosial iaitu Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Tanah Hitam dan aplikasi WhatsApp. Petugas memberi penjelasan sekiranya terdapat pertanyaan daripada komuniti serta memberi rujukan laman web untuk memudahkan komuniti faham mesej yang disampaikan.

 

Pautan Facebook: https://www.facebook.com/pikgtanahhitam/videos/1593454430986952/

 

Gambar Disini