Nama

 : Tasnim Zahra

 Umur

 : 11 Tahun

 Tahun menjadi Ahli PI

 : 2017

 

Latar belakang

Tasnim Zahra merupakan pelajar tahun 5 di Sjk Chung Hua Sematan dan merupakan ahli berdaftar di PI Kg Tanah Hitam bermula dari tahun 2017. Tasnim Zahra merupakan anak bongsu dari lima adik beradik. Beliau merupakan salah seorang sukarelawan PI yang aktif mengikuti program dan juga kelas yang diadakan di Pusat Internet Kg Tanah Hitam.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti aktiviti dan juga kelas yang diadakan di PI, adik Tasnim Zahra tidak pernah menggunakan komputer disebabkan tidak mempunyai kemudahan komputer di rumah. Beliau juga tidak mempunyai pengetahuan tentang penggunaan teknologi komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer yang di adakan di Pusat Internet Kg Tanah Hitam, beliau kini boleh menggunakan Microsoft Word dan juga Micorosoft Powerpoint. Selain itu, beliau juga boleh mencari maklumat menggunakan Google dan juga menonton Youtube. Adik Tasnim Zahra menggunakan kemudahan di PI seperti mencetak maklumat yang diperoleh di internet untuk membantu beliau di dalam pelajaran.

 

WhatsApp Image 2018-11-06 at 6.12.28 PM