Tarikh

: 11 Ogos 2023

Masa

: 4.00 PM - 5.00 PM

Tempat 

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi)            Kg Tanah Hitam

Peserta 

: 6 Peserta

 

Tujuan

Aktiviti bertujuan untuk mempraktikkan aspek kawalan kendiri ketika menggunakan media sosial dan berfikir dahulu sebelum berkongsi sesuatu maklumat. Peserta diingatkan bahawa media sosial mendatangkan banyak manfaat kepada pengguna jika ia digunakan dengan betul dan berhemah.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini diadakan di bilik latihan ICT Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Tanah Hitam. Peserta diberi penerangan mengenai topik yang dibincangkan. Petugas mengadakan perbincangan pada akhir sesi bersama peserta.

 

Gambar Disini

Tarikh

: 11 Ogos 2023

Masa

: 3.00 PM - 4.00 PM

Tempat 

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi)             Kg Tanah Hitam

Peserta 

: 7 Peserta

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mempelajari subjek matematik dengan menggunakan pelbagai kaedah menyeronokkan agar mudah dan senang difahami bagi peserta. Selain itu, aktiviti mengulang kaji pelajaran turut diadakan bagi mengetahui kefahaman para pelajar. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memudahkan penyelesaian masalah matematik dalam kalangan para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini diadakan di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Tanah Hitam. Kuiz dilakukan secara atas talian dan pada akhir sesi peserta diberi penerangan mengenai soalan yang dijawab. Petugas juga mengadakan sesi soal jawab bersama peserta.

 

Gambar Disini

Tarikh

: 7 Ogos 2023

Masa

: 10.30 AM - 12.00 PM

Tempat 

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi)            Kg Tanah Hitam

Peserta 

: 7 Peserta

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk membantu usahawan serta majikan dalam pengurusan pekerja dengan mempelajari tips pengurusan sumber manusia. Modul pembelajaran terbahagi kepada 3 topik iaitu Topik 1 Akta Kerja (Pindaan) 2022, Topik 2 Akta Kanak-kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 dan Topik 3 Tanggungjawab Majikan - Penamatan Pekerja Dan Pemberian Cuti.

 

Aktiviti

 

Kelas diadakan di bilik latihan ICT Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Tanah Hitam secara atas talian menggunakan platform Zoom. Selain itu, peserta juga mengikuti kelas secara atas talian di Facebook Live. Peserta diberi penerangan mengenai topik yang dibincangkan. Pelatih mengadakan perbincangan dan sesi soal jawab pada akhir sesi bersama peserta.

 

Link Ulangan Kelas di Facebook Live - https://fb.me/e/XGERNLPe

 

Gambar Disini

 

Tarikh

: 7 Ogos 2023

Masa

: 3.00 PM - 4.00 PM

Tempat 

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi)            Kg Tanah Hitam

Peserta 

: 5 Peserta

 

Tujuan

Aktiviti bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta akan kemungkinan berlaku penipuan internet di media sosial atau laman web. Peserta disarankan untuk tidak memberi maklumat peribadi dengan mudah kepada individu yang tidak dikenali.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini diadakan di bilik latihan ICT Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Tanah Hitam. Peserta diberi penerangan mengenai topik yang dibincangkan. Petugas mengadakan perbincangan pada akhir sesi bersama peserta.

 

Gambar Disini

Tarikh

: 2 Ogos 2023

Masa

: 3.00 PM - 4.00 PM

Tempat 

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi)            Kg Tanah Hitam

Peserta 

: 6 Peserta

 

Tujuan

Aktiviti bertujuan untuk mengenalkan pelbagai fungsi yang boleh didapati di dalam Microsoft PowerPoint. Kepelbagaian fungsi seperti membuat grafik, media, animasi serta cara menyesuaikan reka bentuk template dan tayangan slaid adalah penting untuk menghasilkan PowerPoint yang menarik dan kreatif.

 

Aktiviti

 

Petugas PEDi menerangkan fungsi dan cara untuk mengakses elemen gambar daripada folder pengguna untuk dimasukkan ke dalam slaid. Aktiviti ini diadakan di bilik latihan ICT Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Tanah Hitam. Peserta diberi penerangan mengenai topik yang dibincangkan. Petugas mengadakan perbincangan pada akhir sesi bersama peserta.

 

Gambar Disini