Tarikh  : 21 Mac 2018
 Masa  : 10.00 Pagi- 05.00 Petang
Tempat  : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam
 Peserta  : 7 Peserta

 

Tujuan

Kelas ini telah disertai oleh 7 peserta lepasan sekolah spm. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar para peserta untuk membuat resume dengan betul dan padat mengenai diri sendiri sesuai dengan permintaan dan keperluan majikan.

 

Aktiviti

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pembentangan slide dari pengurus mengenai cara-cara membuat resume dengan ringkas serta padat. Para peserta diminta untuk membuat sendiri mengikut yang telah dipelajari. 

 

Gambar Disini


 

 Tarikh  : 21 Mac 2018
  Masa  : 02.00 petang- 05.00 petang
  Tempat  : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam
 Peserta   : 5 Peserta

 

Tujuan

Program ini telah disertai pelajar lepasan SPM dan STPM. Program ini diadakan adalah untuk mengajar para peserta untuk mengisi dengan betul Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), Sarawak E-erecruitment bagi penduduk sarawak dan juga Job Malaysia. Laman SPA, Sarawak E-erecuitment, dan job malaysia adalah laman bagi pencari pekerjaan dalam sektor kerajaan dan juga dalam sektor swasta.

 

Aktiviti

Program ini telah diadakan di bilik latihan PI Kg Tanah Hitam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengisi maklumat diri, makumat akedemik, bakat dan pekerjaan yang dipohon di laman web SPA, Sarawak E-erecruitment, dan  job malaysia

 

Gambar Disini


 

 Tarikh  : 17 Mac 2018
 Masa   : 02.00 petang- 05.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet Kg Tanah Hitam
 Peserta   : 12 Peserta

 

Tujuan

Program ini telah disertai oleh 12 peserta. Tujuan program ini diadakan adalah disebabkan PI Kg Tanah Hitam telah mengalami ganguan bekalan elektrik sejak dari pagi. Oleh disebabkan itu, para petugas memutuskan untuk membuat gotong royong mengemas di dalam dan di luar kawasan pi1m kg tanah hitam .

 

Aktiviti

Program ini telah diadakan di Pusat Internet kg Tanah Hitam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menyapu lantai di dalam dan di luar pi, mengelap tingkap, pintu masok, pintu belakang, meja, komputer, mencuci longkang pi, mencabut rumput, menyusun risalah dan mengemop lantai.

 

Gambar Disini


 

  Tarikh  : 19 Mac 2018
  Masa  : 02.00 petang -04.30 petang
  Tempat  : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam
  Peserta  : 22 peserta

 

Tujuan

Program ini telah disertai oleh 22 peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai kesan buli siber, pencuri identiti dan kebaikan serta keburukan permainan online. Disamping itu, mengalakkan para peserta untuk rajin membaca.

 

Aktiviti

Program ini telah diadakan di Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam. Antara program yang diadakan adalah pembentangan slide berkaitan dengan program dijalankan. Setiap para peserta diminta untuk datang kehadapan untuk membaca dan terangkan mengikut apa yang mereka faham.  Tayangan video berkaitan dengan buli siber turut ditayangan untuk memudahkan para peserta faham apa yang mereka pelajari. Diakhir aktiviti ialah Kuiz Online berkaitan dengan Klik Dengan Bijak.

 

Gambar Disini


 

 Tarikh  :  16 Mac 2018
 Masa   :  03.00 petang-05.00 petang
 Tempat   : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam
 Peserta   : 10 Peserta

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh 10 pelajar dari kalangan sekolah rendah. Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk memberi didikan pada para peserta cara memasukkan dan muat turun gambar dengan betul di dalam slide.

 

Aktiviti

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan PI Kkg Tanah Hitam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah perbentangan slide dari penolong pengurus berkaitan dengan microsoft powerpoint, para peserta dikehendaki untuk membuat semula slide mengikut apa yang telah dipelajari.

 

Gambar Disini