Tarikh

: 22 Januari 2022

Masa

: 11.00 AM - 12.00 PM

Tempat 

: Pusat Ekonomi Digital Keluarga        Malaysia Kg Tanah Hitam

Peserta 

: 4 Peserta

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengawal selia kendiri dalam penggunaan internet dengan lebih berhemah dan bijak serta mengenali apa itu kawal selia kendiri dalam talian. Peserta juga didedahkan dengan tip yang boleh digunakan untuk kawal selia kendiri dalam talian seperti membina profil positif dalam talian, jangan terlebih kongsi dan melaporkan kepada pihak yang berwajib sekiranya terbaca kandungan yang tidak sesuai dan tidak sepatutnya.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini diadakan di bilik latihan ICT Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Tanah Hitam. Peserta diberi penerangan mengenai topik yang dibincangkan. Petugas mengadakan perbincangan pada akhir sesi bersama peserta.

 

Gambar Disini