Tarikh

: 9 November 2021

Masa

: 8.00 AM - 5.00 PM

Tempat 

: Facebook Page Pusat Internet

  Komuniti Kg Tanah Hitam

Peserta 

: Pengguna Media Sosial

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada orang ramai berkenaan parcel scam iaitu suatu bentuk penipuan atas talian. Parcel scam memperdeaya mangsa dengan parcel atau bayaran pos. Sindiket ini biasanya didalangi oleh seseorang yang menyamar sebagai Pegawai Kastam di lapangan terbang atau syarikat kurier.

 

Aktiviti ini juga bertujuan untuk memastikan orang ramai mengenal pasti parcel yang diterima adalah benar-benar milik mereka. Orang ramai juga diingatkan untuk tidak mudah percaya dengan tawaran oleh mana-mana individu yang hanya dikenali melalui media sosial untuk menerima parcel/bungkusan yang kononnya hadiah untuk mereka.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini diadakan secara atas talian menggunakan medium media sosial iaitu Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Tanah Hitam dan aplikasi WhatsApp. Petugas memberi penjelasan sekiranya terdapat pertanyaan daripada komuniti serta memberi rujukan laman web untuk memudahkan komuniti faham mesej yang disampaikan.

 

Pautan Facebook: https://www.facebook.com/pikgtanahhitam/posts/1262057427644797

 

Gambar Disini