Tarikh  : 24 Februari 2018
 Masa    : 10.00 pagi - 02.30 petang
 Tempat   : PI Kg Tanah Hitam, Maharis Madu Kelulut, Jong Madu Kelulut
 Peserta   : 27 pelajar, Miss Emylin Nojeng (Pensyarah) dari politeknik, En Suharto (Jong Madu Kelulut), En Tajul (Maharis Madu Kelulut)

 33

 

Tujuan 

Program ini telah dihadiri oleh 27 pelajar keusahawanan dari Politeknik Metro Betong Sarawak. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai kaedah penjualan produk kepada para pelajar melalui MyShop. selain itu, untuk memenuhi jadual yang telah PI rancangkan.

 

Aktiviti

Program ini telah diadakan di PI Kg Tanah Hitam, Maharis Madu Kelulut, dan juga Jong Madu Kelulut. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah pengenalan PI1M Kepada para pelajar, pembahagian 2 Kumpulan, Kumpulan A, Kumpulan B. Aktiviti yang pertama ialah Kumpulan pertama akan mengikuti program myshop di PI, manakalah Kumpulan B akan pergi melawat Maharis Madu Kelulut, seteleh selesai. akan membuat pertukaran dimana Kumpulan A pergi melawat madu kelulut, Kumpulan B, akan kembali semula ke PI Kg Tanah Hitam dan mengikuti program my shop. Untuk aktiviti yang kedua ialah program bersama usahawan muda iaitu di Jong Madu Kelulut. Setelah selesai Aktiviti kedua, para pelajar kembali semula ke PI Kg Tanah Hitam untuk program Penutupan.

Gambar Disini